fbpx

Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia atau lebih mesra dikenali sebagai Momogun Muslim telah ditubuhkan pada tahun 2018 sebagai satu institusi yang berkhidmat membina hubungan antara pelbagai etnik Momogun di Malaysia. Momogun Muslim memfokuskan aktiviti kemasyarakatan melalui kebajikan dan pendidikan kepada kumpulan masyarakat momogun, saudara baru daripada kalangan momogun yang memerlukan bimbingan dalam pelbagai aspek.

Pada 08 Januari 2018, Momogun Muslim telah didaftarkan secara rasmi di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) sebagai Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Al-Hujurat, 49:13

VISI

Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia menjadi sebuah badan bukan kerajaan yang unggul dalam outreach etnik dan sokongan saudara baru.

MISI

Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia wujud untuk berkongsi mesej Islam yang sejagat kepada seluruh lapisan masyarakat, memperbetulkan salah faham terhadap Islam dan juga memberi sokongan kepada saudara baru sebagai tanggungjawab kemanusiaan.

Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia berjuang untuk mencapai misi ini degan menjalinkan hubungan baik, memimpin dan membantu individu momogun muslim dalam usaha memperkasakan usaha yang sama di Malaysia.