fbpx

Hujan Lebat Diramalkan di Sabah

Setiap hujung tahun, cuaca merupakan isu yang sering diberikan perhatian oleh para penduduk Malaysia secara umum. Mana tidaknya, bermula bulan Oktober, Malaysia biasanya dilanda keadaan cuaca buruk dengan hujan yang lebat dan kadangkala menyebabkan banjir.

Tahun 2020 ini nampaknya lebih mencabar, kerana kesemua penduduk dunia bukan sahaja diduga dengan pandemik Covid-19 tetapi juga dengan keadaan cuaca buruk yang tidak membantu.

Menurut laporan Berita Sabah dan Bernama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada, dengan hujan lebat dijangka berlaku di banyak kawasan di enam negeri Semenanjung dan beberapa kawasan di Sabah sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan diramal berlaku di daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan manakala di Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

Menurut kenyataan itu, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat pula dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis manakala di Kedah melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

Selain itu, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat turut diramal berlaku di Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta di Perak manakala di Kelantan (Gua Musang); Terengganu (Dungun dan Kemaman); Pahang (Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin); serta Sabah (Telupid, Beluran, Sandakan dan Kudat). 

Kami mendoakan semoga kesemua rakyat Malaysia, khasnya di kawasan-kawasan yang disebut di Sabah akan lebih berhati-hati dan mengambil perhatian akan maklumat ini.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita dan menjauhkan kita semua dari bahaya serta bencana besar. Inshaa Allah

sumber : Berita Sabah dan BERNAMA

Gambar Ihsan Unsplash

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *